Author

My photo
tiada apa yang penting disini jika tiada kepentingannya

Monday, July 2, 2012

kurniaNya

"God doesn't give you what you want, He gives you what you need"

wujud manusia atas dasar cintaNya. setiap nafas adalah tanda cintaNya. setiap rasa cinta dalam diri kita adalah cintaNya. jika ada sesuatu kegagalan, yakinlah itu juga kerana cintaNya pada kita.

bila kemahuan bukan apa yang kita perlukan, Tuhan akan berikan kita peluang untuk membetulkan diri kita melalui kegagalan. sejauh mana kita yakin dan mampu memeluk cintaNya walaupun diduga lebih penting dari menangis meratap kerana hajat yang tidak dapat ditunaikan.

cintaNya jauh lebih besar daripada cinta kita kepada diri sendiri. cuba cintaiNya dengan pelbagai cara seikhlasnya...dengan niat keranaNya...

Lillahi Taala~

Sunday, July 1, 2012

bila soalan termudah amat susah untuk dijawab

"Mak, dari mana baby datang?"
soalan cukup mudah, tak ada bahasa puitis Shakespeare, tak ada formula kira-kira ala Add Maths, tak ada theory dari Sigmund Freud...cuma soalan ikhlas dari anak kecil pada ibunya. Tapi untuk menjawab soalan tu, si ibu kena memerah otak untuk mendapatkan jawapan yang boleh memuaskan hati si anak.

dan si genius pun menggaru kepalanya yang tidak gatal...

soalan mudah adakala memerlukan masa yang lama untuk menjawab. dan adakalanya soalan itu mengenai sesuatu yang cukup dekat dengan diri kita. dan belum tentu jawapan yang kita beri tepat mengenai sasaran atau benar.

A : "apa sebenarnya yang buat anda mencintai seseorang?"

B : "hatinya, rupanya, caranya mencintai dan menghormati dan agamanya"

A : "jadi jika ada 10 orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama, macamana anda nak pilih?"

B : ......"entahlah ya...i guess the feeling is just there undetermined...you just know it"

tak ada jawapan tepat untuk soalan mudah yang dekat dengan diri kita. terbukti bila ditanya pada teman sekerja di sebelah saya ni. haha...

teman meja sebelah yang 'speechless'..."saya sayang suami saya sebab..err"